Segalanya bermula kira-kira dalam 2 atau 3 semester yang lepas. Sesungguhnya aku pun tidak pasti.
Setiap kali kami terjumpa, dengan tidak sengaja aku akan melihat dia dari atas sampai ke bawah dan dia juga begitu.
... dan setiap kali itulah kami akan berkerut dahi sambil memerhatikan satu sama lain.
Pelik sangatkah aku? Hodoh sangatkah aku? Selekeh sangatkah aku? ... banyak persoalan bermain di minda pada setiap kali kejadian itu berlaku.
Pada kali pertama, aku masih ingat lagi akan waktu itu di mana aku sedang dalam perjalanan menuju ke kelas dan mungkin dia juga begitu, kami saling terpandang, walhal masing-masing sedang khusyuk bermain telefon pintar sendiri 5 saat sebelumnya.
Pada kali kedua atau ketiga, mungkin juga keempat, aku terperasan dia duduk selang tiga atau empat kerusi di dalam bas menuju ke stesen LRT. Setiap kali aku memandang ke arahnya, dia berpaling.
Mungkin... aku sahaja yang berperasan sebegini.
Pertemuan kali ke... entah berapa, aku ternampak dia sedang menikmati secawan kopi di luar Starbucks.
Oh, mungkin dia juga pergi ke kafe yang sama denganku, fikirku lagi.
Sudah agak lama kejadian-kejadian itu berlaku sehinggalah hari ini, aku bertemu dia lagi dan bermulah rutin kami setiap kali terjumpa.
Namun kali ini, terdetik di hati seolah-olah timbul sesuatu yang mungkin kurang menyenangkan di fikiran si dia kerana dia memandangku dengan serba tidak kena.
Apakah dia berasa aku mengekorinya seperti orang gila?
Pelik. Sungguh pelik.
Walaupun pada dasarnya kami pergi ke universiti yang sama, kafe Starbucks yang kami pergi itu adalah cawangan yang terdekat dari universiti, dan selain dari tempat-tempat itu, kami tidak terjumpa di tempat lain.
Mungkin ini semua hanya satu kebetulan.
Mungkin.

Be First to Post Comment !
Post a Comment